Laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan berbanding bali dan nusantara MENGIKUT aliran terkini, laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan ramai berbanding bali dan nusantara. Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman.
Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar. Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
No comments:
Post a Comment