KUALA KANGSAR 2 Dis. – Harga bahan makanan bagi industri akuakultur dijangka turun tiga peratus mulai bulan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (Operasi), Suhaili Lee.
Beliau berkata, penurunan harga bahan itu adalah hasil perbincangan antara Jabatan Perikanan dengan pengeluar bahan makanan akuakultur baru-baru ini.
“Kita telah menjalankan kajian mengenai kedudukan harga bahan makanan dalam industri akuakultur di pasaran dan pengeluar telah bersetuju untuk menurunkan harga tiga peratus.
“Penurunan bahan makanan bagi industri tersebut akan meringankan beban para penternak berikutan harganya yang melambung di pasaran sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Negeri Perak dan Kursus Ternakan Ikan Keli di Perak Riverside Resort dekat sini.
Pada majlis itu, seramai 298 peserta telah menerima sijil penyertaan kursus ternakan ikan keli selama dua hari di sini.
Suhaili berkata, pengeluar bahan makanan tidak boleh menurunkan harga terlalu rendah kerana mereka mengimport bahan makanan mentah seperti jagung, tepung dan vitamin bagi industri akuakultur dari negara lain.
Menurut beliau, harga bahan makanan akuakultur di negara ini masih rendah berbanding di Thailand dan Indonesia.
“Saya yakin dengan penurunan harga ini akan menstabilkan industri akuakultur,” katanya.
Sementara itu, Suhaili berkata, pihaknya menyasarkan industri itu mampu mengeluarkan lebih 500,000 tan setahun menjelang 2010.
Kata beliau, setakat ini industri tersebut menghasilkan 260,000 tan metrik setahun.
“Bagi mencapai pengeluaran itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 49 kawasan ternakan akuakultur akan dimajukan di negara ini,” katanya.
Tambah Suhaili, ternakan tersebut akan membantu negara mengurangkan import makanan terutama ikan dari Thailand dan Indonesia.
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OKU miliki 17 kolam ikan air tawar
PEKAN 26 Okt. - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang kurang upaya yang kini memiliki sebilangan kolam ikan air tawar hasil usahanya dalam bidang akuakultur di Kampung Tanjung Pulai di sini sejak lapan tahun lalu.
Dengan hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM1,200 dan sebuah kolam ikan air tawar pada tahun 2000, Mohd. Khairi Othman, 31, yang kudung kedua belah tangan dan kaki sejak lahir, kini bergelar usahawan yang mempunyai 17 kolam ikan air tawar.
Lebih mengagumkan, Mohd. Khairi yang berkerusi roda dan terpaksa mengesot memasuki ladang ternakannya, mampu menguruskan kolam tersebut bersendirian dan meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan.
''Aspek penjagaan harian seperti memberi makanan dan pemantauan saya lakukan sendiri.
''Bagaimanapun, saya akan mengupah beberapa pekerja untuk mengangkat ikan dari kolam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kampung itu, baru-baru ini.
Mohd. Khairi yang masih bujang berkata, dia bertekad memulakan projek ternakan ikan air tawar tersebut apabila menyedari kekurangan yang ada pada dirinya dan berasa perlu melakukan sesuatu demi memperbaiki taraf hidupnya.
''Saya mula menimba pengalaman dengan membantu salah seorang saudara saya menguruskan kolam ikan air tawar miliknya di sebuah kawasan berdekatan kampung ini.
''Sejak itu minat timbul dan dengan bermodalkan RM1,200 serta sebuah kolam ikan yang dipinjamkan oleh saudara saya itu pada tahun 2000, saya memulakan perniagaan sendiri," katanya.
Mohd. Khairi memberitahu, ketika ini kolam ikannya mampu mengeluarkan lebih 600 kilogram ikan talapia dan patin bagi setiap lima bulan.
Menurutnya, pasaran ikan air tawarnya tertumpu di pasar-pasar basah di daerah ini selain orang ramai yang datang terus ke ladang ternakannya itu.
Ditanya mengenai rancangan masa depan, dia bercadang menambah kolam ikan sedia ada, sekali gus meningkatkan hasil pengeluarannya.
Tambahnya, kekurangan pada diri bukan halangan untuk maju dalam bidang yang diceburinya itu sebaliknya menganggapnya sebagai cabaran.
''Saya berpegang kepada prinsip bahawa setiap kekurangan pasti ada kelebihan," tegasnya
Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment