Malaysia kini pengeluar kedua terbesar dunia, bekal hampir 10 peratus permintaan global INDUSTRI ikan hiasan Malaysia dijangka mencapai sasaran pengeluaran tahunan sebanyak 800 juta ekor ikan dan menjana nilai eksport mencecah RM300 juta menjelang 2010. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub, berkata Malaysia kini adalah pengeluar kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan dengan membekalkan hampir 10 peratus daripada permintaan global.
"Industri ikan hiasan tempatan yang pesat berkembang menghasilkan 679 juta ikan tahun lalu yang bernilai RM192 juta," katanya pada majlis pelancaran tidak rasmi Pameran dan Persidangan Aquafair Malaysia 2008 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, Selangor, kelmarin. Majlis itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed. Malaysia kini membiak lebih 250 spesies yang merangkumi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik bagi pasaran tempatan dan dunia.
Lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara. Menjelang 2010, Malaysia dijangka menghasilkan lebih 800 juta ikan hiasan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia. Junaidi menambah, ikan hiasan dianggap sebagai produk nilai tinggi kerana secara perbandingan, nisbah harga ikan perhiasan berbanding yang dibela untuk sajian ialah 100:1 atau secara purata bernilai AS$1.8 juta setan. Katanya, industri berkenaan menawarkan pulangan menarik kepada pembekal tempatan kerana kos pengeluaran keseluruhan adalah rendah. "Tambahan lagi, kitaran pengeluaran agak singkat, iaitu tempoh tidak lebih daripada tiga bulan. Penternak boleh mengharapkan margin antara 40 hingga 50 peratus, sekali gus memberikan pulangan lumayan atas pelaburan mereka," katanya.
Aquafair Malaysia 2008 ialah acara dwitahunan kedua anjuran Jabatan Perikanan. Pameran empat hari itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 20 hingga 23 November ini dan dijangka menarik lebih 150 peserta pameran dari 10 negara. Matlamat khusus pameran ialah untuk meningkatkan potensi eksport industri ikan hiasan Malaysia, tanaman akuatik dan seluruh rangkaian industri dan perkhidmatan sokongan. Junaidi berkata, Aquafair Malaysia 2008 akan terus meningkatkan keupayaan dan reputasi Malaysia sebagai pengeluar ikan hiasan yang utama di dunia berikutan kejayaan acara pertama pada 2006. "Kami berbangga kerana Aquafair 2006 meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai pengeksport ikan hiasan yang boleh dipercayai. "Kejayaannya telah memberi dorongan kepada kami untuk mengukuh dan memantapkan pertumbuhan industri ikan hiasan dalam usaha merebut peluang baru di arena antarabangsa," katanya.
Oleh Mutazar Abd Ghani
tazargani@bharian.com.my
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OKU miliki 17 kolam ikan air tawar
PEKAN 26 Okt. - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang kurang upaya yang kini memiliki sebilangan kolam ikan air tawar hasil usahanya dalam bidang akuakultur di Kampung Tanjung Pulai di sini sejak lapan tahun lalu.
Dengan hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM1,200 dan sebuah kolam ikan air tawar pada tahun 2000, Mohd. Khairi Othman, 31, yang kudung kedua belah tangan dan kaki sejak lahir, kini bergelar usahawan yang mempunyai 17 kolam ikan air tawar.
Lebih mengagumkan, Mohd. Khairi yang berkerusi roda dan terpaksa mengesot memasuki ladang ternakannya, mampu menguruskan kolam tersebut bersendirian dan meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan.
''Aspek penjagaan harian seperti memberi makanan dan pemantauan saya lakukan sendiri.
''Bagaimanapun, saya akan mengupah beberapa pekerja untuk mengangkat ikan dari kolam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kampung itu, baru-baru ini.
Mohd. Khairi yang masih bujang berkata, dia bertekad memulakan projek ternakan ikan air tawar tersebut apabila menyedari kekurangan yang ada pada dirinya dan berasa perlu melakukan sesuatu demi memperbaiki taraf hidupnya.
''Saya mula menimba pengalaman dengan membantu salah seorang saudara saya menguruskan kolam ikan air tawar miliknya di sebuah kawasan berdekatan kampung ini.
''Sejak itu minat timbul dan dengan bermodalkan RM1,200 serta sebuah kolam ikan yang dipinjamkan oleh saudara saya itu pada tahun 2000, saya memulakan perniagaan sendiri," katanya.
Mohd. Khairi memberitahu, ketika ini kolam ikannya mampu mengeluarkan lebih 600 kilogram ikan talapia dan patin bagi setiap lima bulan.
Menurutnya, pasaran ikan air tawarnya tertumpu di pasar-pasar basah di daerah ini selain orang ramai yang datang terus ke ladang ternakannya itu.
Ditanya mengenai rancangan masa depan, dia bercadang menambah kolam ikan sedia ada, sekali gus meningkatkan hasil pengeluarannya.
Tambahnya, kekurangan pada diri bukan halangan untuk maju dalam bidang yang diceburinya itu sebaliknya menganggapnya sebagai cabaran.
''Saya berpegang kepada prinsip bahawa setiap kekurangan pasti ada kelebihan," tegasnya
Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment